pak pandir dan waja silver

Friday, December 12, 2008



Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama MakAndeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa keranabimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya keranadia sudah mempunyai anak."Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta padakita?" kata Pak Pandir."Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh."Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab sayakena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawabPak Pandir.Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta..."Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari kearah kereta Proton Waja berwarna silver.Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itupulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merahpadam."Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasasangat hairan."Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernahelok, asyik berkelip-kelip je!"

0 terjahan: