TRY

Monday, June 22, 2009

Gagal sekali xbererti selamanya gagal.langkah terbaik adalah kte mesti ingatkan diri kte,perlu berusaha utk skali lg.klo gagal lg,teruskan usaha.usaha kan tangga kejaayan?

Thomas Alva Edison :

"our greatest weakness lies in giving up.the most certain way to succeed is always to try just one more time"

Sejarah telah membuktikan,hampir semua nama-nama besar yang berjaya mencipta sejarah selepas berusaha bukan sekali tetapi beribu-ribu kali wlopon ada yang beranggapan mereka ini gila kerana sanggup menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dgn mencuba sesuatu yang belum pasti.

Itulah bezanya kte dgn mereka yang telah mencipta nama besar dipersada sejarah ini.kita melihat sesuatu dan bertanya "kenapa"?,tetapi mereka ini mengimaginasikan sesuatu dan berkata "kenapa tidak"?

Sebagai contoh:

Thomas Alva Edison telah mencipta lampu selepas berusaha lebih 10000 kali.

Macamna kte sanggup mengaku kalah sedangkan kita baru berusaha hanya sekali??

Kolonel Sanders pula mencipta kejayaan dgn mencipta resipi rahsia ayam gorengnya(KFC) selepas mencuba sebanyak 1009 kali.

Nelson Mandela pula diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan hampir sesuku abad.

Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah bagi mengkomersialkan getah.

Boon Siew (HONDA),walaupun tidak pandai menulis dan membaca mampu menjadi jutawan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi beribu-ribu pekerja hanya kerana beliau mempunyai sikap persistent.

Cuba kita lihat,klo kte berada di tempat mereka,adakah kte dengan rela hati sanggup berusaha beribu-ribu kali utk menyelesaikan 1 soalan matematik tambahan atau kimia yang amat sukar dan mencabar?sudah pasti jawapan tidak bukan?

Sekiranya inilah cara kita,bagaimana kte mampu meletakkan nama kte sebaris dgn nama-nama mereka?

Maka jelas la kini kita juga mampu mencipta kejayaan jika kita berusaha berulang-ulang kali.dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.

0 terjahan: